Sunday 4 November 2012

Bahagiakah? Sedihkah? Kecewakah?

Assalamualaikum :')
Sengaja singgah dilayar ini hoho

Rasanya entry ini nak cerita NF aka Na'im Fawwaz lagi *campak aku dalam laut dalam please* okay sayang dia Mengapa? Tolong jawab untuk aku boleh? Alahai macam tiada jawapan mengapa dan kenapa aku suka dia. *facepalm*

Kalau baca conversation dulu dulu rasa nak daki Gunung Fuji lepas tu guling guling sampai Malaysia. Malu segan hampeh rasa bodoh tak matang bongok alahai itu aku. Bercakap menulis tanpa berfikir mungkin sampai sekarang sama lagi kot. BUKAN MUDAH NAK JADI MATANG.
Bila depression aku datang *jangan masukkan pasal agama disini aku bukan baik mana memang sukar nak kawal perasaan diri* mulalah mood sedih datang bertimbun timbun so far boleh kawal but tentang tidur tentang makan memang lari ke Korea. Alahai baca status kau buat aku gembira,sedih,jealous,risau Allah terpulang nak percaya atau tidak. Kalau boleh nak bawak kau lari pergi Siam HAHAHAHAHAHAHA *mulalah nak gatal*
Bahagia gila time kau cakap kau risau wow memang nak menari shuffle rasanya. Sadly mood kau pun tak menentu kadang kau nampak happy kadang tidak. *pasang lagu Beast*
Bilalah aku dapat bahagiakan kau. Boleh tak aku cakap aku taknak bercinta dengan kau tapi aku nak kau jadi imam aku? *tolonglah aku bukan gatal* oh Na'im sayang kau buat aku rasa terawang-awang more flying flying dari ex-boyfriend aku. Jujurlah aku bercinta pun sebab nak lupakan kau.
Kalau kau tak sayang aku boleh kau yang jauhkan diri dari aku? Of courselah aku tak sanggup nak unfriend unfollow kau :'(
Tapi kalau kau betul-betul unfriend unfollow rasanya aku memang pergi therapist *takmau jumpa doctor* bukan tak boleh terima tapi sebab tak boleh kawal kesedihan.
Oh Na'im kau marah aku sayang kau? Kau rasa aku menipu ? Its okay aku tetap sayang kau cuma aku akan kurangkan luahan love aku kat kau kat twitter hoho kalau boleh.

Oh penat pulak menaip nanti aku sambung lagi :')

Dan ini conversation yang buat aku gila. Little thing je punkan? But ia sangat bermakna :)

Oke bye :)

Sayang kaulah. Semoga Allah melindungi kau sayang :*


Saturday 3 November 2012

siapa awak ?

Assalamualaikum awak yang masih menjadi rahsia Allah.

awak mengapa saya begitu mengharapkan kewujudan awak? mengharapkan awak mengubah rasa hati saya yang semakin menyintai si dia. demi Allah saya mencintai dia tapi Insyaallah satu hari nanti saya akan mencintai awak sepenuh hati sebab awaklah peneman dihari akan datang. jujur perjalanan hidup ini menyakitkan tapi pasti ada sebab mengapa dan kenapa ia berlaku seperti ini.
awak temani saya menjalani hidup ini. semakin lelah dalam arus kehidupan yang menyesakan. ingin berkongsi kisah suka duka dengan awak.

jika jantung ini berhenti berdetak terputuslah segala amalan aku didunia ini.

doa aku sebelum aku pergi ingin sekali aku membahagiakan kau.

Ya Allah,aku mencintai dia.
Ya Allah, aku ingin membahagiakan dia.
Ya Allah,izinkan aku hidup dengan dia.
Ya Allah,ciptakan dia untuk aku.

doa saya awak adalah dia dan dia adalah awak.

Ya Allah. jauhkanlah dia dari aku jika dia bukan jodohku. jika dia tercipta untuk ku maka dekatkanlah aku dengan dia.

salam sayang :)

Thursday 1 November 2012

my little love just like a tears drop

Assalamualaikum awak :)
mungkin entry membosankan merimaskan  dan mungkin awak tak membacanya pun .

awak.. bagaimana ya untuk saya katakan..kadangkala saya  memang  tak harapkan apa apa dari awak. kadangkala saya harapkan sesuatu. what a funny thinks i feel like you love me too haha.. sadly itu hanya perasaan saya.
jujur saya kata persahabatan kita dulu melebihi batasan "kawan" mungkin kerana itu saya menyayangi awak haha .. jujurlah saya kata saya sayang awak bukan sebab rupa tapi sebab awak boleh membuat saya gembira ketika saya sedih. jujur saya rindu saat saat kita habiskan masa bersama. jujur saya cemburu dengan mereka yang lain but inilah kehidupan dan saya perlu terima hakikat yang saya hanya ada dimemori lalu tidak akan ada nanti.

awak menyayangi dia . Ya Allah jujur sakit terasa didada . cemburu mungkin . saya tidak tahu siapa orangnya tapi semoga awak bahagia dengan dia.
mungkin saya patut relakan perasaan ini pergi dan memulakan yang baru. demi Allah itu tidak mudah . pernah memcuba tapi dipermainkan . entah mengapa saya tidak tahu puncanya mungkin kerana terlalu ramah dgn lelaki haha what a funny life. mencuba dan terus cuba melupakan awak what a result? i'm fail . better sayang awak diam diam dari dipermainkan. to be honest nak sangat sayang awak selamanya but impossible lah kan . huhu .

hey  awak teddy bear tu awak simpan lagi ? thanks klu ya but its oke klu dah takde :) .

hari nie awak telah membuktikan tiada ruang dalam hati awak tu saya . huhu . apa apa pun saya serahkan pada takdir.  sayang awak kerana awak adalah awak. nak move on tapi awak ada dlm fikiran dan hati saya je . alahaii . terpana seketika. awak dah curi hati . pulangkan balik boleh ? tapi kalau awak nak simpan Insyaallah saya bagi ikhlas . hehe. now dah pukul 3:24AM still tak tido. -.- layan perasaan katakan. oke nevermind . sayang awak . k bye.

anata ga suki desu . aishiteru. saranghae . mahal kita . wo ai ni . i love u .

little girl yang setia menanti :)