Sunday 4 November 2012

Bahagiakah? Sedihkah? Kecewakah?

Assalamualaikum :')
Sengaja singgah dilayar ini hoho

Rasanya entry ini nak cerita NF aka Na'im Fawwaz lagi *campak aku dalam laut dalam please* okay sayang dia Mengapa? Tolong jawab untuk aku boleh? Alahai macam tiada jawapan mengapa dan kenapa aku suka dia. *facepalm*

Kalau baca conversation dulu dulu rasa nak daki Gunung Fuji lepas tu guling guling sampai Malaysia. Malu segan hampeh rasa bodoh tak matang bongok alahai itu aku. Bercakap menulis tanpa berfikir mungkin sampai sekarang sama lagi kot. BUKAN MUDAH NAK JADI MATANG.
Bila depression aku datang *jangan masukkan pasal agama disini aku bukan baik mana memang sukar nak kawal perasaan diri* mulalah mood sedih datang bertimbun timbun so far boleh kawal but tentang tidur tentang makan memang lari ke Korea. Alahai baca status kau buat aku gembira,sedih,jealous,risau Allah terpulang nak percaya atau tidak. Kalau boleh nak bawak kau lari pergi Siam HAHAHAHAHAHAHA *mulalah nak gatal*
Bahagia gila time kau cakap kau risau wow memang nak menari shuffle rasanya. Sadly mood kau pun tak menentu kadang kau nampak happy kadang tidak. *pasang lagu Beast*
Bilalah aku dapat bahagiakan kau. Boleh tak aku cakap aku taknak bercinta dengan kau tapi aku nak kau jadi imam aku? *tolonglah aku bukan gatal* oh Na'im sayang kau buat aku rasa terawang-awang more flying flying dari ex-boyfriend aku. Jujurlah aku bercinta pun sebab nak lupakan kau.
Kalau kau tak sayang aku boleh kau yang jauhkan diri dari aku? Of courselah aku tak sanggup nak unfriend unfollow kau :'(
Tapi kalau kau betul-betul unfriend unfollow rasanya aku memang pergi therapist *takmau jumpa doctor* bukan tak boleh terima tapi sebab tak boleh kawal kesedihan.
Oh Na'im kau marah aku sayang kau? Kau rasa aku menipu ? Its okay aku tetap sayang kau cuma aku akan kurangkan luahan love aku kat kau kat twitter hoho kalau boleh.

Oh penat pulak menaip nanti aku sambung lagi :')

Dan ini conversation yang buat aku gila. Little thing je punkan? But ia sangat bermakna :)

Oke bye :)

Sayang kaulah. Semoga Allah melindungi kau sayang :*


Saturday 3 November 2012

siapa awak ?

Assalamualaikum awak yang masih menjadi rahsia Allah.

awak mengapa saya begitu mengharapkan kewujudan awak? mengharapkan awak mengubah rasa hati saya yang semakin menyintai si dia. demi Allah saya mencintai dia tapi Insyaallah satu hari nanti saya akan mencintai awak sepenuh hati sebab awaklah peneman dihari akan datang. jujur perjalanan hidup ini menyakitkan tapi pasti ada sebab mengapa dan kenapa ia berlaku seperti ini.
awak temani saya menjalani hidup ini. semakin lelah dalam arus kehidupan yang menyesakan. ingin berkongsi kisah suka duka dengan awak.

jika jantung ini berhenti berdetak terputuslah segala amalan aku didunia ini.

doa aku sebelum aku pergi ingin sekali aku membahagiakan kau.

Ya Allah,aku mencintai dia.
Ya Allah, aku ingin membahagiakan dia.
Ya Allah,izinkan aku hidup dengan dia.
Ya Allah,ciptakan dia untuk aku.

doa saya awak adalah dia dan dia adalah awak.

Ya Allah. jauhkanlah dia dari aku jika dia bukan jodohku. jika dia tercipta untuk ku maka dekatkanlah aku dengan dia.

salam sayang :)

Thursday 1 November 2012

my little love just like a tears drop

Assalamualaikum awak :)
mungkin entry membosankan merimaskan  dan mungkin awak tak membacanya pun .

awak.. bagaimana ya untuk saya katakan..kadangkala saya  memang  tak harapkan apa apa dari awak. kadangkala saya harapkan sesuatu. what a funny thinks i feel like you love me too haha.. sadly itu hanya perasaan saya.
jujur saya kata persahabatan kita dulu melebihi batasan "kawan" mungkin kerana itu saya menyayangi awak haha .. jujurlah saya kata saya sayang awak bukan sebab rupa tapi sebab awak boleh membuat saya gembira ketika saya sedih. jujur saya rindu saat saat kita habiskan masa bersama. jujur saya cemburu dengan mereka yang lain but inilah kehidupan dan saya perlu terima hakikat yang saya hanya ada dimemori lalu tidak akan ada nanti.

awak menyayangi dia . Ya Allah jujur sakit terasa didada . cemburu mungkin . saya tidak tahu siapa orangnya tapi semoga awak bahagia dengan dia.
mungkin saya patut relakan perasaan ini pergi dan memulakan yang baru. demi Allah itu tidak mudah . pernah memcuba tapi dipermainkan . entah mengapa saya tidak tahu puncanya mungkin kerana terlalu ramah dgn lelaki haha what a funny life. mencuba dan terus cuba melupakan awak what a result? i'm fail . better sayang awak diam diam dari dipermainkan. to be honest nak sangat sayang awak selamanya but impossible lah kan . huhu .

hey  awak teddy bear tu awak simpan lagi ? thanks klu ya but its oke klu dah takde :) .

hari nie awak telah membuktikan tiada ruang dalam hati awak tu saya . huhu . apa apa pun saya serahkan pada takdir.  sayang awak kerana awak adalah awak. nak move on tapi awak ada dlm fikiran dan hati saya je . alahaii . terpana seketika. awak dah curi hati . pulangkan balik boleh ? tapi kalau awak nak simpan Insyaallah saya bagi ikhlas . hehe. now dah pukul 3:24AM still tak tido. -.- layan perasaan katakan. oke nevermind . sayang awak . k bye.

anata ga suki desu . aishiteru. saranghae . mahal kita . wo ai ni . i love u .

little girl yang setia menanti :)


Friday 26 October 2012

what a sad and happy day :)

Assalamualaikum <3
even a little things from you dah cukup buat aku happy. makin mahu kau menjauh makin kau kuat dalam ingatan but don't worry kau hak dia yang juga menyayangi kau. hopefully kau bahagia aku tak nak tgk kau sedih-sedih. kalau sakit moga cepat sembuh. apa yang aku tahu kau seorang yang tabah kau akan lalui liku-liku hidup dengan penuh yakin . hati-hati. Selamat Hari Raya AidlAdha :)

Wednesday 24 October 2012

I Remember ~


curi dari google images thanks to the right owner *tak tau siapa orgnye*

dialog pertama kita of course aku masih ingat its funny 'facebook username' then ya kita makin rapat ? right ? #ehhhh not really tapi so so. i know time tu kau dah ada pasangan dan aku seperti biasa friend is friend. never realize when perasaan itu berubah hehe from rasa sayang dari seorang sahabat turn up kepada yang lain mungkin sebab kau baik dengan aku yelah kau layan aku kan ? not your fault but aku sendiri. so sad aku tak teruskan pelajaran kat sana mungkin itu yang terbaik cannot focus anymore. how boring. tahu tak aku memang dapat agak dia pun sayang-2 kat kau hehehe aku boleh sembunyikan everything alone cuma kekadang tak tahan memang terkuar la semua. aku memang cadang nak sembunyikan je but i can't keep anymore truly sakit giler bile kau tak jawab apa-2 no yes atau tidak dari kau tapi yeah aku dah oke sekarang :) gladly.
now aku lihat kau seperti sedih ... betul-2 nak tahu dan ingin jadi rakan kongsi masalah nak kau happy but itu life kau. kau ada pendirian kau tersendiri. aku mungkin tak faham kau tapi aku faham satu tentang kau. bila kau dah sayang kau akan sungguh sayang tapi mungkin ada yang tak memahami. berilah peluang untuk mereka memahami siapa kau dengan itu mungkin kau tak bersedih lagi . mungkin . serius melihat kau bahagia buat aku gembira tapi kau dengan status bercili kau memang buat aku terasa even aku tak tau kau tuju pada siapa. sayang aku bukan seperti dulu. ingin memliki sayang aku cukuplah dengan kebahagiaan kau. moga dia akan memahami siapa kau dan dia sedar akan kasihnya kau pada dia. sumpah aku cemburu. sumpah aku harap orang itu adalah aku. aku rindu Penang dan aku rindu kau. aku rindu masa-2 yang pernah kita habeskan bersama. indah . even mengenang kembali masa itu buat aku sedih tapi ia mampu membuat aku tersenyum. setiap kali kau update status yang menyatakan kau sakit serius aku rasa susah hati. jangan tanya mengapa aku sendiri tak faham. aku masih tertanya-tanya apa yang ada pada kau sehingga aku sukar melupakan. Muhammad Na'im bin Husni semoga Allah sentiasa melindungi kau dan memberi rahmat dalam hidup kau. semoga berbahagia bersama-sama family yang sentiasa ada untuk kau terutama umi kau dan semoga dia yang akan bahagiakan kau dimasa-masa nanti kelak.

cukuplah melihat kau dari kejauhan cukuplah sekadar tahu keadaan kau bagaimana itu sudah memuaskan. cinta itu tidak semestinya memiliki. takdir telah tercipta kau bukan untuk aku. kau bukan "adam" aku dan aku bukan tulung rusuk kiri kau.

miss the times you call me "adik" 
with love  ,
me
sorry sebab use "aku dan kau" 

Saturday 4 August 2012

untuk dia



today 5 August : aku mencari sahabat yang dapat berkawan dengan aku seikhlas hati bukan demi kepentingan diri mereka sahaja yang hanya mencari aku ketika mereka perlu dan abaikan aku ketika mereka tidak perlu. demi Allah aku hanya insan biasa yang punya hati dan perasaan. aku ada ego aku yang sukar untuk aku buang kerana kisah lalu menjadikan aku sekarang. 
to my lovely friends if you ever read this to be honest aku terasa dengan sikap kau tapi sokay mungkin kau pun tak kenal aku lagi mungkin kau pun tak tahu kisah lalu aku lagi mungkin kau mendengar kata-kata orang ramai. sokay aku akan memahami itu. aku tak contact bukan bermaksud aku pun lupa akan kau tapi aku berfikir mungkin kau perlukan masa ya kau pun ada hidup tersendiri right ? shafa dah malas ganggu hidup orang shafa yang sekarang dah tak sama macam yang dulu better she keep it then throw her feeling out.

aku mungkin insan yang suka perhatian *macam kurang kasih sayang pulak* suka bila orang ingin berkawan dengan aku. bila aku berceloteh mak aiiii dah tak jumpa tanda stop. *maaf*

tiada yang tahu apa yang ada didalam otak/fikiran aku melainkan aku sendiri ya of course DIA YANG SATU


---> agak2 aku patut bagi flying kick kat dia tak ? hurmmmmmm ke flying kiss ? hahahahahaha <---

tiada yang istimewa tentang aku

sesaja mengedik :)

sekuntum hati dibawa berlari........
Assalamualaikum semua yang sudi membaca..sudah lama tak menyingah dilaman ini rindu rasanya kikiki actually not hari ini berasa sedih dan pilu ohhh gastric masih belum pulih alahai.. :(((
mengapa dan kenapa hati manusia ini sering dilanda rindu ? mmm mungkin kerana aku ini terlalu rindu #bakalimam agaknya . berapa-berapa hari lalu aku disapa(??) oleh someone yang aku ingat dia adalah #bakalimam ku ya of course rasa bahagia tetapi apakan daya jodoh itu ditangan Allah aku terima bila dia mengatakan "saya nak sayang awak saya nak sayang yang lain sayang nak orang yang lain" alahai aku pun naik confuse dengan dia maaa -.-? oke dia pun tak tahu apa yang dia nak jadi aku lepaskan dia . hurmmmm tapi sedetik sebanyak rindu itu ada . kikiki .


  okeee pic ini dia kata aku cute . ahak cute ke ? Alhamdulillah ia adalah pemberian Yang Maha Kuasa . terima kasih kat mama abah jugak sebab mereka aku cute macam sekarang . *gila perasan*

simbolik kat gambo nie . aku rindu time hangout dengan member2 tapi sekarang alahai kat mane la member aku seorang itu. yang seorang lagi belajar . sumpah rindu !!
*pic ini gedik semacam jew tapi aku suka sebab aku nampak cun :p*
p/s: puji diri tanpakan ?? hahahaha *gelak sampai jatuh katil*

aku nak berpurdah tapi belum cukup sifat lagi. Insyaallah one day jika umur panjang bersama-sama dengan #bakalimam ya of course demi dia , demi diri . demi masa hadapan.
*ini aku guna selendang aja*

yeahhhhhhhh a gift !!!!!!!! ni namanya orang takde keje yup that me LOL
p/s: comel tak ? 
*sape cakap aku comel aku bagi gula-gula kapas*


~~~~~~~~~~~~~~
entry yang sebenar 

sebelum itu aku nak ucapkan erima kasih kat http://twitter.com/missfiezah  lovely unnie yang sangat aku sayangi . Saranghae unnie love you :) sebab dialah yang mencantikan blog ini. alahai terharu aku !!!!!! 

step to step , hidup ini bermula dengan langkah. jika mahu berjaya kita perlulah melangkah dengan beraninya tanpa perlu melihat kebelakang kerana kadang kala masa lalu itu hanya memberi seribu rasa yang tak dapat diungkapkan. to someone yang pernah melihat aku menangis to someone yang pernah lukakan hati ini terima kasih untuk korang semua sebab aku rasa ia membuat aku matang . *matang ke pun*
to someone yang suka sangat judge orang lain tanpa melihat diri sendiri dulu ohhh please laa jangan sampai kena batang hidung sendiri baru nak terasa. sedarlah awak tu bukannya ustaz/ustazah nak judge nak perli orang bagai.   sesamalah berubah ya . *kat twitter ada macam2 jenis orang*

people kalau tak kenal stop la cakap aku sombong stop that please la ! annoying tahu ! kenal dulu siapa shafa'azreen nie ha ! alahai tak kenal dah cakap sombong memang aku sombong betul la jawabnya *selamat dah berbuka*shafa nie peramah tahu stay contact kat twitter korang tahu la aku macam ne orangnye hahahaha.

perkara yang aku tak mampu nak tengok adalah orang-orang yang aku sayang menderita kecewa even mereka pernah menyakiti aku still aku tak mampu nak tengok mereka menderita *aku tahulah aku tak baik mana at least aku ada belas kasihan*

little space in my heart ----> aku harap ruang ini dipenuh oleh #bakalimam aku yang sudi terima aku apa adanya yang sanggup dengar aku berceloteh tak henti-henti yang sanggup baju dia basah kerana airmata aku sanggup bersusah kerana aku tulus hati aku mahu someone yang sayang kerana aku adalah aku.

kadang-kadang apa yang kita inginkan tak semestinya menjadi milik kita ya kerana itu aku melepaskan mereka-mereka yang ingin pergi dari hidup aku melangkah pergi meskipun aku sedih *ambik tisu lap airmata*

story of my life
     that always with tear
laughing outside
     crying inside
people never ever notice that
     i'm good at acting :)

"aku berlari sehingga aku tak berdaya untuk bernafas lagi..aku berhenti dan melihat keindahan cipta Illahi lalu aku menjerit semahunya melafazkan apa yang menyesak jiwa bahuku disapa ya Dia yang aku sayang muncul Dialah yang akan sentiasa menemani aku tak kira waktu.Dia adalah angin"

kesakitan kerana dikecewakan adalah lebih sakit dari luka terjatuh kerana luka dihati tiada ubatnya melainkan DOA yang berterusan.

-----> aku jatuh cinta lagi <------

Sunday 8 July 2012

takdir




Awak ... saya inginkan awak as my imam in future life i hope Allah heard my wish sebab hati saya berkata awak adalah insan yang terbaik . Insyaallah . Awak ... tatkala saya berasa hidup tak bermakna tiada yang menerima saya yang hina ini awak muncul dalam hidup saya . Awak ... izinkan saya mencintai awak seikhlas hati saya . Awak ... perasaan itu hadir dengan tiba-tiba tanpa saya meminta ia hadir . tapi saya tahu akan hakikat saya dan awak tak mungkin akan bersatu . ia adalah hakikat yang saya sukar untuk terima . Awak ... jika awak terbaca ini ketahui saya sangat merindui awak . saya rindu akan masa-masa kita berchatting bersama . saya terlalu rindu . Awak ... saya takut untuk menerima cinta yang lain kerana hati dan perasaan saya tiada untuk mereka . Awak ... andai masa dan takdir menemukan kita saya harap awak memberikan senyum ikhlas untuk saya . Awak ... andai saya dapat menghapuskan perasaan ini pasti saya akan lakukan . Awak ... saya mohon maaf akan terlanjuran kata-kata. Maafkan diri ini.


"sekeping hati dibawa berlari"

kau dan aku tidak mungkin akan bersatu kerana kau dan aku adalah insan yang berbeza 


sepi dihati hanya TUHAN dan aku sahaja yang tahu tidak engkau mahupun sahabat aku .


pulangkan hatiku yang telah kau curi tanpa kau sedari.

Saturday 9 June 2012

untitled

kadangkala apa yang terjadi ini menguatkan aku dan juga melemahkan aku tapi apakan daya sekali iman ku yang sedikit ini dicabar ku merasakan dunia tidak bahagia. bisakah aku mengumpal amal ku sedaya mampu sebelum aku meninggalkan dunia untuk selamanya??? andai aku tidak hayut dalam arus dunia. andai aku tidak mempentingkan "kehidupan dunia". andai aku dilahirkan dan dibentukkan dengan agama sejak kecil. andai dunia mengerti diri ini. andai mereka mengerti. aku akan tunaikan permintaan mereka. aku akan melangkah pergi meninggalkan mereka-mereka yang aku cintai meskipun aku tidak mampu hidup tanpa mereka.

"pepohon mehijau lautan membiru
aku menangis sendu
dihadapan mu
moga sahaja kau memahami 
aku tidak berdaya bangkit sendiri
memerlu sayap kau
melindungi aku dari titisan hujan api
yang amat menyakitkan"

- 09/06/2012 -

Tuesday 5 June 2012

untukmu "imam" yang masih menjadi rahsia Allah




untuk dirimu bakal imam ku yang aku sendiri tidak ketahui. 
entah mengapa hati ini tiba-tiba sahaja terusik ingin mencoretkan rasa hati ini..
semoga dirimu dalam keadaan sihat sentiasa meskipun aku tidak kenali siapa dirimu dimana kamu bagaimana rupamu 
akan ku persiapan diriku untuk dirimu.
meski kita tidak pernah bersua 
meski kita tidak pernah berbicara 
meski kita tidak mengenali 
doaku setia untuk dirimu.
ku panjatkan doa untuk mu agar dirimu sentiasa dilindungi-NYA 
mungkin dirimu pun begitu.
mungkin aku bukan insan yang sempurna 
tetapi aku akan menjadi yang terbaik untuk dirimu 
menjadi muslimah kebanggaanmu.
aku ingin bersamamu di AL-JANNAH yang terindah bersama-sama keluarga tercinta.
aku menantimu duhai adam pelengkap hidup.
menantimu dengan kesabaran.
aku belajar menjadi muslimah terbaik untuk dirimu.
semoga sahaja doa-doa ku didengari.
buat mu imam yang masih menjadi rahsia Allah
jadilah lelaki yang soleh agar dirimu dapat membimbing diri ini
menjadi pelengkap solatku
menjadi hidup ini ceria bersamamu.


"tiada siapa dapat yang menghalangnya jika benar aku terciptamu dan dirimu tercipta untukku"

menuju AL JANNAH



matahari sentiasa menyinar tidak mengeluh walau untuk sesaat
bulan datang menjelma menerangi malam nan kelam
bintang berkelip terang menyerikan langit dikala malam
tetapi aku manusia hina tidak bersyukur dengan segala yang ada
merungut tatkala diduga
mencemuh DIA yang setia
mengapa aku begitu aku sendiri tertanya-tanya.

ketika DIA memanggil aku
aku biarkan ia begitu sahaja
kerana aku terbuai dengan keasyikan dunia
terus lalai sehingga aku lupa tanpa DIA aku mati
dua kali DIA memanggil 
aku masih tidak berganjak
masih lagi ditakuk yang lama
kerana aku tunduk pada HASUTAN.

tapi kini setelah pelbagai dugaan melanda aku pulang
pulang untuk mencintai DIA
tiada apa yang aku ingat selain Al-Fatihah Al-Ikhlas dan An-nas
aku belajar kembali apa yang telah aku lupai
HINANYA AKU YA ALLAH.

aku ingin mengubah diriku yang hina ini
sebelum aku mengubah orang-orang yang aku sangat cintai
kerana mereka hati ini semakin kuat
kerana mereka aku masih lagi disini
semoga sahaja aku tidak terlambat
semoga sahaja harapan serta niat ku dimakbulkan.

biarlah kehidupan lalu ku pergi bersama angin yang menghembus
tidak kembali walau untuk sesaat
biarlah ia menjadi pengajaran untuk diriku
manusia yang terbuai dalam cinta duniawi.

disaat angin petang meniup lembut
aku kembali padanya yang satu
disaat hatiku terguris luka
aku mencari cinta yang hakiki
disaat aku lalai dalam kehidupan
aku kembali mencari sinar yang baru
pada DIA yang aku mula mengenali
pada DIA yang pernah aku lupai
pada DIA pencinta sejati
pada DIA sumber kekuatan
pada DIA yang setia menyayangi
pada DIA yang sentiasa memaafkan
hanya pada DIA aku bersujud.

when time goes by i back to Allah
to love HIM with all my heart
i breath because of HIM i life because of HIM
thanks to ALLAH.

"time to time i feel like i'm in love again"

Monday 4 June 2012

salam perkenalan buat anda yang membaca

Assalamualaikum buat kalian yang membaca entry ini saya Norshafa'azreen binti Saharudin yang dilahirkan pada 20 September 1992. Mungkin ada yang kenal mungkin ada yang tidak tetapi aku hanya manusia biasa yang sentiasa berbuat dosa tanpa henti.

Ketika aku semakin lalai dalam kehidupan DIA memanggil aku kembali mungkin kerana DIA merindui aku. Tidak tahu siapa harus dipersalahkan mengapa dan kenapa aku menjadi seperti ini sesungguhnya aku cemburu akan mereka yang MENCINTAI DIA lebih dari segala-galanya. Meraka yang sentiasa tabah menghadapi dugaan sedangkan aku marah kecewa putus asa setiap kali dugaan menimpa. Aku lemah dan semakin lemah kerana makin aku meningkat dewasa semakin aku jauh dari DIA. Tapi kini aku ingin menjadi seperti mereka yang sentiasa tersenyum menghadapi liku-liku kehidupan.


AKU INGIN MENCINTAI,MENGENALI,MERINDUI DAN MERASAI CINTA-NYA. 


Aku takut aku akan terlambat dalam mengejar cinta-NYA yang HAKIKI. Semoga aku diberi tempoh waktu dan umur yang panjang untuk mengejar segala impian ku.

Pinta ku cuma satu agar aku menjadi SEORANG MUSLIMAH YANG INDAH AKIDAH SERTA AKHLAKNYA. 


"setulus hati aku ingin menjadi seperti diri mu."

aku bukan sesiapa tetapi seorang insan yang ingin mencari "sinar kehidupan" yang telah lama aku tinggalkan