Sunday 8 March 2015

MAMPUKAH ?

8/3/2015
Tika bait ini ditulis siapa yang tahu dalamnya luka dihati .
Tiada .
Ya mungkin tiada .
Torehan kecil makin lama makin terasa sakitnya .
Setelah sekian lama .
Aku seakan terdampar keseorangan disini .
Terkapai-kapai seakan tiada yang mahu menyelamatkan .
Aku mahu bebas .
Menjadi apa yang aku mahu menjadi .
Dia seakan tidak lagi peduli .
Tidak lagi seperti dahulu .
Mungkin .
Ia salah aku sendiri .
Lalu fikiran mahu berangkat pergi .
Meninggalkan dia seperti yang dia kehendaki .
Adakah itu yang dia mahukan ?
Adakah kepergian aku akan membahagiakan dia ?
Tuhan bantulah aku .
Bantulah diriku ini .
Ya Tuhan .
Ku hanya mahu dia bahagia .
Walaupun tanpa diri ku .
Mampukah aku ?
Berdiri tanpa dia disisi ?
Tuhan kuatkanlah aku .
Untuk terus melangkah .
Walaupun aku sendiri .

Untuk kamu ,
Masih sayangkah kamu akan aku ?

Wednesday 3 December 2014

Tuhan , bantu aku .

24/8/2013 - satu tarikh paling bermakna dalam hidup aku bila aku dapat berjumpa dengan kau .
30/8/2013 - tarikh yang menyakitkan bila dapat tahu kau menipu . ya sakit sangat .

Mengenali kau adalah satu keajaiban yang berlaku dalam hidup aku . kau seorang yang bersungguh mencintai aku . yang sudi melakukan apa sahaja untuk aku kerana itu aku terlalu mencintai kau .

Hari ini , segalanya berubah . Kau dan Aku sudah tidak sama . Masing-masing berubah oleh arus masa . kemana arah cinta kita ? kemana agaknya ?
Tapi aku pernah berjanji kau cinta terakhir aku .
Ya aku sungguh berjanji .

28/4/2014 - ketika ini aku belajar untuk melupakan kau seperti yang kau pernah minta satu ketika dulu . aku angkat kaki dan undur diri .

Kau tahu akan hakikat bila aku nekad dengan kata-kata aku , aku akan buat begitu. Ketika ini aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan . Berhenti mengambil tahu pasal kau atau apa . Aku buntu . Aku cuma takut kau yang akan terasa kesepian bila aku berhenti mengambil berat tentang kau . Kerana aku dan pasti kau tidak suka .

Apa yang perlu aku lakukan ?
Berhenti dari segalanya ?

Tuhan , bantu aku .
Tolong aku wahai Tuhan ku .

Rabu , 22:07 .

Tuesday 4 November 2014

mengapa aku

4/11/14 - Selasa - 21:52
hye semua :)
aku bertanya Tuhan apa fungsi kewujudan aku di dunia ini , sedangkan aku hanya memberi kesakitan kususahan kepada yang lain . aku terus bertanya mengapa aku diwujudkan sedangkan mereka seperti tidak mahu aku wujud dalam kalangan mereka . mengapa diri aku ?
jauh dalam hati aku amat terasa dengan mereka . amat terasa . Tuhan ku mengapa ? sedangkan aku sebahagian daripada mereka . Tuhan ku mengapa ?
aku cuma cebisan yang tak terlihat , sakit amat hati aku rasa .
ingin dibuang jauh tapi tidak terpadam sakitnya .
jauh jauh jauh
jauhlah kau pergi wahai sakit
tidak mahu ku merasa lagi
perit
perit amat ku rasa bila ku fikirkannya
Ada siapa yang tahu apa yang ku rasa ?
tidak !
sikit pun tiada siapa yang rasa
mereka mungkin bertepuk tangan
bahagia melihat aku begini
Tuhan ku mengapa aku ?
mengapa aku sebegini rupa ?
adakah aku sebahagian dari mereka ?
akal aku kerap bertanya
Tuhan ku ,mengapa aku ?

Tuesday 14 October 2014

dapatkah kita bersama ?

15/10/2014
ketika aku menaip bait bait kata ini hati aku bertanya dapatkah kita membina mahligai kita bersama ? meniti hari-hari tua hingga hembusan nafas terakhir bersama , dapatkah kita ?
kita tak capai seperfahaman yang bagus membuat kita sentiasa salah faham antara satu sama lain
kita juga terlalu menyayangi hingga rasa cemburu rasa takut kehilangan membuat kita kecewa sehingga menimbulkan rasa marah dalam jiwa
sayang ku , aku terlalu mencintai mu.
Buat mu yang tersayang ,
kala kau membaca ini aku harapkan kau sedarkan yang aku sebenarnya tak mampu hidup tanpa diri kau disisi , jika berakhir hubungan kita mungkin akan berakhir juga kisah hidup ku.
sungguh aku mencintai mu.

Saturday 12 July 2014

warkah untuk mu sayang

hari ini 12/07/2014 17:42
ketika ini terasa lemah segala urat saraf termasuk juga jiwa ini
longlai aku dalam melangkah
semangat aku kian pudar dimamah rasa sakit yang sangat mencengkam jiwa
jiwa dan raga aku tersekat oleh keperitan yang dialami
hilangnya rasa gembira
tawar
pahit
namun ku telan jua
semuanya kerana rasa cinta yang ada
rasa cinta itu tidak pernah pudar walaupun sesaat
aku tanya dan terus bertanya
mengapa dan kenapa
aku cinta kau sedalam ini ?
tidak ku temui jawapannya
hati aku
jiwa aku
tidak seutuh dulu
aku mudah terjatuh
aku mudah tersentuh
aku mudah terasa
kadang aku ingin bangkit
bangkit tanpa kau disisi
aku sedar siapa diri aku
aku tidak punya apa untuk diagungkan
malahan aku adalah insan kerdil
yang hanya tahu menyusahkan dirimu
aku makin bertanya
adakah aku dihatimu
adakah aku hidup dijiwamu
adakah aku yang kau perlu
adakah aku hidupmu
persoalannya siapa aku buatmu
adakah aku cuma insan biasa
adakah aku yang kau perlu waktu kau kebosanan
adakah aku hanya wujud dimasa lapangmu
adakah aku yang kau perlu
adakah aku orangnya
insan kerdil ini tertanya-tanya
banyak kali aku bertanya bukan ?
ketahuilah tanpamu aku lemah dalam melangkah
aku lemah tanpa dirimu
kembalikan aku semangat yang pudar itu
kembalikan aku rasa itu
jadikan aku insan yang paling bahagia
kotakan janjimu
aku ingin damai abadi bersama dengan dirimu

insan yang teramat ku sayang
Muhammad Syafiq bin Ramli

Sunday 6 July 2014

Miss you

Hari berganti hari...
Waktu rancak berputar...
Umur kian bertambah...
Tapi aku tetap sama seperti dulu yang berubahnya cuma rasa...
Rasa yang tidak sama lagi seperti dulu...

Aku ingin mengubah nasib , membuktikan pada mereka yang aku tidak seperti yang mereka katakan ... fikirkan ...
Lemah aku dalam langkah
Jatuh aku tidak berdaya
Bangkit aku terasa longlai
Hulurkan tangan kau pada ku
Aku ingin berpaut dilengan kau
Kau sumber kekuatan ku
Jujur ku kata aku lemah tanpa kau disisi
Aku takut akan kehilangan
Aku takut akan ditinggalkan
Aku takut akan bersendirian
Diri ku lemah tanpa kata kata semangat dari kau

Terasa lelah diri ini
Memikirkan apa yang bakal terjadi
Senyuman ku bukan bererti aku insan bahagia yang tidak punya masalah
Apa yang aku rasa aku pendam
Apa yang aku ingin aku simpan rapi dalam diri
Kadang aku harap insan memahami kehendak aku
Kenapa aku lakukan sesuatu itu

Siapalah aku ini ?

Hari ini puasa yang ke-4 berbuka bersama keluarga kau
Allahu aku tidak tahu nak berkata apa tapi aku tidak terasa terpinggir
Cuma aku rindu akan kau
Berharap dapat berbuka bersama dengan kau
Aku ingin rasa perasaan itu
Perasaan berbuka bersama dengan kau...melihat kau menjamah masakan aku
Apa ya perasaannya ?
Mesti rasa bahagiakan ?

Adakah aku gila kerana mencintai kau sedalam ini ? Adakah aku tidak waras ?
Aku masih mencari sebab kenapa aku mencintai kau sedalam ini...

Hari ini 2/7/2014
Aku sungguh menrindui diri kau.

Monday 9 June 2014

kini siapa aku ?

life is to short ...
berfikir dan terus berfikir kemana agaknya hala tuju aku ,
hidup tiada pendirian
tiada yang mahu menyokong apa yang aku lakukan
kemana aku mahu melangkah ?
berfikir sejenak...
siapakah aku ini ?
dari mana asal aku ?
persoalan makin kian timbul dibenak pemikiran
siapakah aku ini ?
jiwa aku yang kosong
ia di isi dengan rasa cinta dari seseorang lelaki yang bernama Syafiq
tidak pernah ku jangka aku akan sayang sebegini rupa
aku sanggup lakukan apa sahaja untuk dia
tapi siapa aku kini dihati dia ?
aku takut kehilangan dia sekali lagi
aku ingin khabarkan tentang dia pada keluarga ku
tapi aku takut...
hati aku menjerit kesakitan
makin lama jiwa aku makin rapuh
makin tidak kuat dengan apa yang bakal mendatang
mampukah aku terus bertahan...
mampukah aku hidup tanpa dia disisi ?
mampukah aku ?
aku ingin terus berada dalam dakapan dia ,
betapa aku rasa selamat disisi dia
hanya dia yang aku percaya
hanya Syafiq seorang tiada yang lain
manusia bertopeng terlalu ramai diluar sana
siapa aku ini ?
aku insan kesepian yang hanya tahu menitis airmata
aku ...
aku ...
aku ...
siapa aku ?
memikirkan apa yang bakal terjadi
memikirkan yang dia bakal pergi sekali lagi dari hidup aku
aku seorang yang berfikiran negatif
makin banyak persoalan negatif timbul
penat
lelah
hidup ini hilang serinya
dia dia dia
aku hanya mahu dia
penyeri dalam hidup aku
Muhammad Syafiq ,
aku ingin terus bersamanya
itu sahaja yang aku mahu dalam hidup aku.
Tuhan , kau berikanlah aku waktu
untuk terus bersama dia
walaupun waktu itu tidak sepanjang waktu aku derita
berikanlah...

aku ingin mencari matlamat hidup bersama dirinya
hanya dia..