Sunday 13 April 2014

Apa yang ku pilih?

Hi im back :)
Lama rasanya tak menaip coretan kisah duka lara suka suki dilayar ini. Tiada cerita gembira yang ada yang duka. Luka yang dalam sehingga parutnya akan kekal lama.
Di mana pergi aku yang happy go lucky?  Di mana agaknya.

Perkahwinan.  Pernikahan.  Adat?  Atau Ibadah?  Mana agaknya lebih penting?

Apa yang perlu aku lakukan? Menanti dirimu wahai kasih atau pergi membawa diri?

Siapa aku dalam hidupmu?
Siapakah aku buat dirimu?
Di mana tempat ku dalam hatimu?

Apa yang perlu aku lakukan?
Mempernyatakan kehendak hati atau membiarkan segalanya terkubur dijiwa?

Tidak tahu apa yang perlu perhebahkan kerana takut duri menikam tepat ke lubuk hati. Sakit bisanya akan kekal untuk selamanya.

Aku ingin menjadi yang terbaik tapi apa yang diperlakukan adalah salah dari segala aspek. Terangkan pada aku bagaimana?  Betulkan aku.

Aku ingin menjadi isterimu mendampingi dirimu diwaktu diperlukan. Merawat dirimu ketika sakit. Ada pada bila-bila waktu. Tidak seperti ketika ini.

Apa yang harus aku lakukan? Memilih dirimu itu sudah pasti. Menjadikan dirimu simbol kekuatan itu yang aku lakukan.

Wahai pencipta tubuh ini,  jiwa ini, Kau yang mencipta roh ini malah rasa cinta yang wujud ini adalah kerana Engkau.
Kau tahu apa yang terbaik untuk hidupku , Kau lebih tahu dari segalanya.
Kau jadikanlah Dia yang terbaik untuk diriku malahan buat keluarga ku juga.

Aku memilih Dia kerana ku yakin Dia akan membahagiakan aku juga keluarga ku.
Aku butuh Dia dalam hidupku.

Temuilah kedua Ibu Bapaku. Itu yang aku harapkan sepanjang perkenalan kita. Adalah yang terindah bila dirimu menemui mereka.
Atau
Aku akan memilih untuk menjauh dari dirimu. Jika itu yang terbaik buat kita dan juga keluarga.

By
Shafa'azreen .