Thursday 17 October 2013

Menjadi yang halal

Kisah cinta kita aku harap bukan setakat cinta suka suka . Aku harap menjadi yang halal untuk kau . Aku tahu bukan mudah untuk itu banyak tanggungjawabnya . Jadi aku dan kau perlu berusaha untuk itu.
Pada mata setengah pihak merasakan perkahwinan diusia muda tidak logik disebabkan terlalu mentah tentang dunia .
Apakah salahnya?  Sedangkan perkahwinan itu mengelakkan terjadinya zina . Aku Kau masing-masing mahu membina ikatan yang utuh .
Hanya aku yang tahu betapa besar sayang kau walaupun kadang kala hati diusik meraguinya. 
Siapa mampu menerima aku seadanya selain kau? Siapa? 
Siapa tahu kisah aku?
Siapa tahu tentang aku?
Hanya kau .

Kau sahabat
Kau teman
Kau jugalah cinta hati
Kau memahami
Kau setia mendengar
Kau tidak rimas akan aku
Kau Kau Kau Kau hanya Kau
Pada yang tidak mengetahui mereka tidak tahu sedalam mana sayang kau .

Kisah kau
Aku simpan rapi segalanya .

Jika ada kekuatan mahu sahaja aku katakan pada dunia betapa aku mahu menjadi permaisuri hidup kau . Katakan pada mereka .

Cinta ini bukan sekadar cinta
Cinta ini akan dibuktikan
Cinta ini akan ditaut erat
Cinta ini akan disemai abadi
Cinta ini akan kita pahat bersama membina mahligai kita .

Kau teruskan usaha . Aku setia bersama . Setia menunggu waktu itu  .

Make it our dream become true .
Iloveyou my dear.

#nowplaying : TETAP MENANTI MU - nomad -

Entry untuk kau :)

Monday 7 October 2013

Awak yang dirindui

Pada ketika dan waktu kita tertanya mungkinkah akan ada lagi waktu untuk kita luangkan masa bersama. Aku? Jika ditanya pada aku ingin sahaja aku pergi kepada dirimu menghabiskan setiap detik waktu bersama denganmu. Rindu? Sungguh aku rindu. Bagaimana pula dengan risau?  Ya aku terlalu risau akan dirimu. Jika tidak mengunakan akal yang waras pasti saat ini aku ada bersamamu.
Aku ingin terus berada disisimu walaupun kadang kala hati diuji. Air mata menitis bukan kerana aku kecewa cuma aku ingin dimanja.
Sayangku, jagalah kesihatanmu agar nanti kau mampu untuk menjaga diri ini. Tentang aku jangan kau khuatiri aku akan sentiasa sihat.
Hadirlah dirimu disetiap saat
Hadirlah kau menemani aku
Suka duka ingin ku kongsi bersama
Sihat sakit ingin ku rasai bersama
Luka kau ingin aku ubati
Derita kau ingin ku hakis
Sepi kau ingin aku bahagiakan
Melakar dunia kita bersama
Mecoretkan kisah kita berdua.
Just wanna tell you again and again. 
I love you . Yes i really do Muhammad Syafiq :)