Saturday 12 July 2014

warkah untuk mu sayang

hari ini 12/07/2014 17:42
ketika ini terasa lemah segala urat saraf termasuk juga jiwa ini
longlai aku dalam melangkah
semangat aku kian pudar dimamah rasa sakit yang sangat mencengkam jiwa
jiwa dan raga aku tersekat oleh keperitan yang dialami
hilangnya rasa gembira
tawar
pahit
namun ku telan jua
semuanya kerana rasa cinta yang ada
rasa cinta itu tidak pernah pudar walaupun sesaat
aku tanya dan terus bertanya
mengapa dan kenapa
aku cinta kau sedalam ini ?
tidak ku temui jawapannya
hati aku
jiwa aku
tidak seutuh dulu
aku mudah terjatuh
aku mudah tersentuh
aku mudah terasa
kadang aku ingin bangkit
bangkit tanpa kau disisi
aku sedar siapa diri aku
aku tidak punya apa untuk diagungkan
malahan aku adalah insan kerdil
yang hanya tahu menyusahkan dirimu
aku makin bertanya
adakah aku dihatimu
adakah aku hidup dijiwamu
adakah aku yang kau perlu
adakah aku hidupmu
persoalannya siapa aku buatmu
adakah aku cuma insan biasa
adakah aku yang kau perlu waktu kau kebosanan
adakah aku hanya wujud dimasa lapangmu
adakah aku yang kau perlu
adakah aku orangnya
insan kerdil ini tertanya-tanya
banyak kali aku bertanya bukan ?
ketahuilah tanpamu aku lemah dalam melangkah
aku lemah tanpa dirimu
kembalikan aku semangat yang pudar itu
kembalikan aku rasa itu
jadikan aku insan yang paling bahagia
kotakan janjimu
aku ingin damai abadi bersama dengan dirimu

insan yang teramat ku sayang
Muhammad Syafiq bin Ramli

Sunday 6 July 2014

Miss you

Hari berganti hari...
Waktu rancak berputar...
Umur kian bertambah...
Tapi aku tetap sama seperti dulu yang berubahnya cuma rasa...
Rasa yang tidak sama lagi seperti dulu...

Aku ingin mengubah nasib , membuktikan pada mereka yang aku tidak seperti yang mereka katakan ... fikirkan ...
Lemah aku dalam langkah
Jatuh aku tidak berdaya
Bangkit aku terasa longlai
Hulurkan tangan kau pada ku
Aku ingin berpaut dilengan kau
Kau sumber kekuatan ku
Jujur ku kata aku lemah tanpa kau disisi
Aku takut akan kehilangan
Aku takut akan ditinggalkan
Aku takut akan bersendirian
Diri ku lemah tanpa kata kata semangat dari kau

Terasa lelah diri ini
Memikirkan apa yang bakal terjadi
Senyuman ku bukan bererti aku insan bahagia yang tidak punya masalah
Apa yang aku rasa aku pendam
Apa yang aku ingin aku simpan rapi dalam diri
Kadang aku harap insan memahami kehendak aku
Kenapa aku lakukan sesuatu itu

Siapalah aku ini ?

Hari ini puasa yang ke-4 berbuka bersama keluarga kau
Allahu aku tidak tahu nak berkata apa tapi aku tidak terasa terpinggir
Cuma aku rindu akan kau
Berharap dapat berbuka bersama dengan kau
Aku ingin rasa perasaan itu
Perasaan berbuka bersama dengan kau...melihat kau menjamah masakan aku
Apa ya perasaannya ?
Mesti rasa bahagiakan ?

Adakah aku gila kerana mencintai kau sedalam ini ? Adakah aku tidak waras ?
Aku masih mencari sebab kenapa aku mencintai kau sedalam ini...

Hari ini 2/7/2014
Aku sungguh menrindui diri kau.