Monday 9 June 2014

kini siapa aku ?

life is to short ...
berfikir dan terus berfikir kemana agaknya hala tuju aku ,
hidup tiada pendirian
tiada yang mahu menyokong apa yang aku lakukan
kemana aku mahu melangkah ?
berfikir sejenak...
siapakah aku ini ?
dari mana asal aku ?
persoalan makin kian timbul dibenak pemikiran
siapakah aku ini ?
jiwa aku yang kosong
ia di isi dengan rasa cinta dari seseorang lelaki yang bernama Syafiq
tidak pernah ku jangka aku akan sayang sebegini rupa
aku sanggup lakukan apa sahaja untuk dia
tapi siapa aku kini dihati dia ?
aku takut kehilangan dia sekali lagi
aku ingin khabarkan tentang dia pada keluarga ku
tapi aku takut...
hati aku menjerit kesakitan
makin lama jiwa aku makin rapuh
makin tidak kuat dengan apa yang bakal mendatang
mampukah aku terus bertahan...
mampukah aku hidup tanpa dia disisi ?
mampukah aku ?
aku ingin terus berada dalam dakapan dia ,
betapa aku rasa selamat disisi dia
hanya dia yang aku percaya
hanya Syafiq seorang tiada yang lain
manusia bertopeng terlalu ramai diluar sana
siapa aku ini ?
aku insan kesepian yang hanya tahu menitis airmata
aku ...
aku ...
aku ...
siapa aku ?
memikirkan apa yang bakal terjadi
memikirkan yang dia bakal pergi sekali lagi dari hidup aku
aku seorang yang berfikiran negatif
makin banyak persoalan negatif timbul
penat
lelah
hidup ini hilang serinya
dia dia dia
aku hanya mahu dia
penyeri dalam hidup aku
Muhammad Syafiq ,
aku ingin terus bersamanya
itu sahaja yang aku mahu dalam hidup aku.
Tuhan , kau berikanlah aku waktu
untuk terus bersama dia
walaupun waktu itu tidak sepanjang waktu aku derita
berikanlah...

aku ingin mencari matlamat hidup bersama dirinya
hanya dia..