Tuesday 26 November 2013

Terlalu menyayangi.

Assalamualaikum ...
Saat aku menaip setiap bait kata ini ketahuilah aku terlalu merindui kau terlalu merindui. Perasaan rindu semakin membuak saban hari. Alangkah indahnya jika aku dapat berada disisimu tika ini.
Ingatkah lagi di awal perkenalan kita? Kau begitu comel dengan sifat malu kau. Saat itu aku mula rasa wujud satu perasaan bahagia.

Seperti yang Naqiyudin katakan TIME CHANGE SO DO PEOPLE. Aku turut berubah oleh arus masa. Jadi perubahan yang wujud di dalam diri kau,  aku telah terima.

Aku sedang belajar menerima jodoh itu milik Allah. Belajar untuk menjadi seorang yang lebih matang. Aku tahu semua ini dugaan bagi aku. Aku terima segalanya dengan redha.

Ketahuilah aku tidak pernah meninggalkan kau. Setiap detik waktu kau setia dalam fikiran dan hati aku. Sukar untuk percayakan?  Tapi itulah aku. Aku mencintai kau lebih dari aku mencintai diri aku.
Mungkin ada yang menagih rasa cinta dari aku tapi bagaimana? Tiada ruang langsung untuk sesiapa menembusi hati ini. Hati aku telah kau miliki saat aku mula mengenali kau.
Kekecewaan yang pernah aku alami dulu membuatkan aku takut. Ya aku takut akan ditinggalkan.
Sayangku, aku tahu dan turut yakin kau pun juga cinta aku. Cuma kadang hati diusik perasaan curiga.

Kau tahu tentang Naim yang aku sayang dalam diam?  Kau tahu tentang Arsyad yang aku sayang sepenuh jiwa? Jangan kau cemburu akan mereka kerana aku menyayangi mencintai kau lebih dari itu. Jika Naim aku sanggup tunggu hampir satu tahun bahkan kau aku sanggup tunggu selamanya. Jika kerana Arsyad aku melakukan satu tidakan drastik bahkan kau aku sanggup mempertaruhkan nyawa aku.
Kebahagiaan kau kebahagiaan aku. Andai kau gembira aku turut gembira. Andai kau sakit aku turut sakit. Apa yang kau rasa aku turut rasa.

Sayangku... alangkah indah jika dapat membina sebuah mahligai bersama kau.
Tapi belum tiba waktunya. Mungkin nanti.

Aku tidak punya harta untuk dipermegahkan.
Aku tidak punya kelulusan untuk diagungkan.
Aku tidak punya rupa yang menawan untuk dipertayangkan.
Yang aku ada cuma rasa cinta , yang aku akan berusaha menjadi yang terbaik untuk kau.

Sayangku, jagalah dirimu itu. Jagalah hatimu itu.

Tulus ikhlas untuk kau Syafiq Ramly.

Nowplaying : Terukir dibintang by Yuna.

Thursday 17 October 2013

Menjadi yang halal

Kisah cinta kita aku harap bukan setakat cinta suka suka . Aku harap menjadi yang halal untuk kau . Aku tahu bukan mudah untuk itu banyak tanggungjawabnya . Jadi aku dan kau perlu berusaha untuk itu.
Pada mata setengah pihak merasakan perkahwinan diusia muda tidak logik disebabkan terlalu mentah tentang dunia .
Apakah salahnya?  Sedangkan perkahwinan itu mengelakkan terjadinya zina . Aku Kau masing-masing mahu membina ikatan yang utuh .
Hanya aku yang tahu betapa besar sayang kau walaupun kadang kala hati diusik meraguinya. 
Siapa mampu menerima aku seadanya selain kau? Siapa? 
Siapa tahu kisah aku?
Siapa tahu tentang aku?
Hanya kau .

Kau sahabat
Kau teman
Kau jugalah cinta hati
Kau memahami
Kau setia mendengar
Kau tidak rimas akan aku
Kau Kau Kau Kau hanya Kau
Pada yang tidak mengetahui mereka tidak tahu sedalam mana sayang kau .

Kisah kau
Aku simpan rapi segalanya .

Jika ada kekuatan mahu sahaja aku katakan pada dunia betapa aku mahu menjadi permaisuri hidup kau . Katakan pada mereka .

Cinta ini bukan sekadar cinta
Cinta ini akan dibuktikan
Cinta ini akan ditaut erat
Cinta ini akan disemai abadi
Cinta ini akan kita pahat bersama membina mahligai kita .

Kau teruskan usaha . Aku setia bersama . Setia menunggu waktu itu  .

Make it our dream become true .
Iloveyou my dear.

#nowplaying : TETAP MENANTI MU - nomad -

Entry untuk kau :)

Monday 7 October 2013

Awak yang dirindui

Pada ketika dan waktu kita tertanya mungkinkah akan ada lagi waktu untuk kita luangkan masa bersama. Aku? Jika ditanya pada aku ingin sahaja aku pergi kepada dirimu menghabiskan setiap detik waktu bersama denganmu. Rindu? Sungguh aku rindu. Bagaimana pula dengan risau?  Ya aku terlalu risau akan dirimu. Jika tidak mengunakan akal yang waras pasti saat ini aku ada bersamamu.
Aku ingin terus berada disisimu walaupun kadang kala hati diuji. Air mata menitis bukan kerana aku kecewa cuma aku ingin dimanja.
Sayangku, jagalah kesihatanmu agar nanti kau mampu untuk menjaga diri ini. Tentang aku jangan kau khuatiri aku akan sentiasa sihat.
Hadirlah dirimu disetiap saat
Hadirlah kau menemani aku
Suka duka ingin ku kongsi bersama
Sihat sakit ingin ku rasai bersama
Luka kau ingin aku ubati
Derita kau ingin ku hakis
Sepi kau ingin aku bahagiakan
Melakar dunia kita bersama
Mecoretkan kisah kita berdua.
Just wanna tell you again and again. 
I love you . Yes i really do Muhammad Syafiq :)

Saturday 14 September 2013

kasih baru ~

........ Assalamualaikum ........
sudah sekian lama meninggalkan laman ini kini aku kembali :)
rinduuuuuu ya aku rindu .
bersama dengan cinta baru yang kini mewarnai dunia sepi ku.
teringat akan kisah lalu yang menjadi detik hitam yang sukar untuk dilupakan . 
aku khuatir . aku takut . 
ketakutan ini menjadikan aku sukar menghadapi masa yang akan berlalu , sayangku tahukah kamu disetiap waktu disetiap saat aku berfikir negatif akan hal kita ? sayang aku risau .

buatmu yang kini menjadi jantung hatiku 
semakin hari semakin aku mencintaimu 
semakin aku merindui belaianmu
aku mendambakan dirimu disetiap waktu menemani hari-hari sepiku.

masih ku ingat akan pertemuan pertama kita , kita yang malu-malu tidak tahu untuk berbicara apa . comel . comel sangat . kecomelan itu mencuri hatiku . sukar untuk ditafsirkan perasaan ku ini ... sukar untuk diperkatakan. sayang ... aku semakin hayut dalam arus kasihmu. 
jantung hatiku . aku sudah separuh gila akan kau .

okaylah . aku sayang kau sangat-sangat .
 "sehingga bertemu lagi di entry yang lain . penat sudah =.=zzzzzz"



:::::: khas buat kesayanganku Muhammad Syafiq ::::::