Saturday 9 June 2012

untitled

kadangkala apa yang terjadi ini menguatkan aku dan juga melemahkan aku tapi apakan daya sekali iman ku yang sedikit ini dicabar ku merasakan dunia tidak bahagia. bisakah aku mengumpal amal ku sedaya mampu sebelum aku meninggalkan dunia untuk selamanya??? andai aku tidak hayut dalam arus dunia. andai aku tidak mempentingkan "kehidupan dunia". andai aku dilahirkan dan dibentukkan dengan agama sejak kecil. andai dunia mengerti diri ini. andai mereka mengerti. aku akan tunaikan permintaan mereka. aku akan melangkah pergi meninggalkan mereka-mereka yang aku cintai meskipun aku tidak mampu hidup tanpa mereka.

"pepohon mehijau lautan membiru
aku menangis sendu
dihadapan mu
moga sahaja kau memahami 
aku tidak berdaya bangkit sendiri
memerlu sayap kau
melindungi aku dari titisan hujan api
yang amat menyakitkan"

- 09/06/2012 -

Tuesday 5 June 2012

untukmu "imam" yang masih menjadi rahsia Allah




untuk dirimu bakal imam ku yang aku sendiri tidak ketahui. 
entah mengapa hati ini tiba-tiba sahaja terusik ingin mencoretkan rasa hati ini..
semoga dirimu dalam keadaan sihat sentiasa meskipun aku tidak kenali siapa dirimu dimana kamu bagaimana rupamu 
akan ku persiapan diriku untuk dirimu.
meski kita tidak pernah bersua 
meski kita tidak pernah berbicara 
meski kita tidak mengenali 
doaku setia untuk dirimu.
ku panjatkan doa untuk mu agar dirimu sentiasa dilindungi-NYA 
mungkin dirimu pun begitu.
mungkin aku bukan insan yang sempurna 
tetapi aku akan menjadi yang terbaik untuk dirimu 
menjadi muslimah kebanggaanmu.
aku ingin bersamamu di AL-JANNAH yang terindah bersama-sama keluarga tercinta.
aku menantimu duhai adam pelengkap hidup.
menantimu dengan kesabaran.
aku belajar menjadi muslimah terbaik untuk dirimu.
semoga sahaja doa-doa ku didengari.
buat mu imam yang masih menjadi rahsia Allah
jadilah lelaki yang soleh agar dirimu dapat membimbing diri ini
menjadi pelengkap solatku
menjadi hidup ini ceria bersamamu.


"tiada siapa dapat yang menghalangnya jika benar aku terciptamu dan dirimu tercipta untukku"

menuju AL JANNAH



matahari sentiasa menyinar tidak mengeluh walau untuk sesaat
bulan datang menjelma menerangi malam nan kelam
bintang berkelip terang menyerikan langit dikala malam
tetapi aku manusia hina tidak bersyukur dengan segala yang ada
merungut tatkala diduga
mencemuh DIA yang setia
mengapa aku begitu aku sendiri tertanya-tanya.

ketika DIA memanggil aku
aku biarkan ia begitu sahaja
kerana aku terbuai dengan keasyikan dunia
terus lalai sehingga aku lupa tanpa DIA aku mati
dua kali DIA memanggil 
aku masih tidak berganjak
masih lagi ditakuk yang lama
kerana aku tunduk pada HASUTAN.

tapi kini setelah pelbagai dugaan melanda aku pulang
pulang untuk mencintai DIA
tiada apa yang aku ingat selain Al-Fatihah Al-Ikhlas dan An-nas
aku belajar kembali apa yang telah aku lupai
HINANYA AKU YA ALLAH.

aku ingin mengubah diriku yang hina ini
sebelum aku mengubah orang-orang yang aku sangat cintai
kerana mereka hati ini semakin kuat
kerana mereka aku masih lagi disini
semoga sahaja aku tidak terlambat
semoga sahaja harapan serta niat ku dimakbulkan.

biarlah kehidupan lalu ku pergi bersama angin yang menghembus
tidak kembali walau untuk sesaat
biarlah ia menjadi pengajaran untuk diriku
manusia yang terbuai dalam cinta duniawi.

disaat angin petang meniup lembut
aku kembali padanya yang satu
disaat hatiku terguris luka
aku mencari cinta yang hakiki
disaat aku lalai dalam kehidupan
aku kembali mencari sinar yang baru
pada DIA yang aku mula mengenali
pada DIA yang pernah aku lupai
pada DIA pencinta sejati
pada DIA sumber kekuatan
pada DIA yang setia menyayangi
pada DIA yang sentiasa memaafkan
hanya pada DIA aku bersujud.

when time goes by i back to Allah
to love HIM with all my heart
i breath because of HIM i life because of HIM
thanks to ALLAH.

"time to time i feel like i'm in love again"

Monday 4 June 2012

salam perkenalan buat anda yang membaca

Assalamualaikum buat kalian yang membaca entry ini saya Norshafa'azreen binti Saharudin yang dilahirkan pada 20 September 1992. Mungkin ada yang kenal mungkin ada yang tidak tetapi aku hanya manusia biasa yang sentiasa berbuat dosa tanpa henti.

Ketika aku semakin lalai dalam kehidupan DIA memanggil aku kembali mungkin kerana DIA merindui aku. Tidak tahu siapa harus dipersalahkan mengapa dan kenapa aku menjadi seperti ini sesungguhnya aku cemburu akan mereka yang MENCINTAI DIA lebih dari segala-galanya. Meraka yang sentiasa tabah menghadapi dugaan sedangkan aku marah kecewa putus asa setiap kali dugaan menimpa. Aku lemah dan semakin lemah kerana makin aku meningkat dewasa semakin aku jauh dari DIA. Tapi kini aku ingin menjadi seperti mereka yang sentiasa tersenyum menghadapi liku-liku kehidupan.


AKU INGIN MENCINTAI,MENGENALI,MERINDUI DAN MERASAI CINTA-NYA. 


Aku takut aku akan terlambat dalam mengejar cinta-NYA yang HAKIKI. Semoga aku diberi tempoh waktu dan umur yang panjang untuk mengejar segala impian ku.

Pinta ku cuma satu agar aku menjadi SEORANG MUSLIMAH YANG INDAH AKIDAH SERTA AKHLAKNYA. 


"setulus hati aku ingin menjadi seperti diri mu."

aku bukan sesiapa tetapi seorang insan yang ingin mencari "sinar kehidupan" yang telah lama aku tinggalkan