Tuesday 26 November 2013

Terlalu menyayangi.

Assalamualaikum ...
Saat aku menaip setiap bait kata ini ketahuilah aku terlalu merindui kau terlalu merindui. Perasaan rindu semakin membuak saban hari. Alangkah indahnya jika aku dapat berada disisimu tika ini.
Ingatkah lagi di awal perkenalan kita? Kau begitu comel dengan sifat malu kau. Saat itu aku mula rasa wujud satu perasaan bahagia.

Seperti yang Naqiyudin katakan TIME CHANGE SO DO PEOPLE. Aku turut berubah oleh arus masa. Jadi perubahan yang wujud di dalam diri kau,  aku telah terima.

Aku sedang belajar menerima jodoh itu milik Allah. Belajar untuk menjadi seorang yang lebih matang. Aku tahu semua ini dugaan bagi aku. Aku terima segalanya dengan redha.

Ketahuilah aku tidak pernah meninggalkan kau. Setiap detik waktu kau setia dalam fikiran dan hati aku. Sukar untuk percayakan?  Tapi itulah aku. Aku mencintai kau lebih dari aku mencintai diri aku.
Mungkin ada yang menagih rasa cinta dari aku tapi bagaimana? Tiada ruang langsung untuk sesiapa menembusi hati ini. Hati aku telah kau miliki saat aku mula mengenali kau.
Kekecewaan yang pernah aku alami dulu membuatkan aku takut. Ya aku takut akan ditinggalkan.
Sayangku, aku tahu dan turut yakin kau pun juga cinta aku. Cuma kadang hati diusik perasaan curiga.

Kau tahu tentang Naim yang aku sayang dalam diam?  Kau tahu tentang Arsyad yang aku sayang sepenuh jiwa? Jangan kau cemburu akan mereka kerana aku menyayangi mencintai kau lebih dari itu. Jika Naim aku sanggup tunggu hampir satu tahun bahkan kau aku sanggup tunggu selamanya. Jika kerana Arsyad aku melakukan satu tidakan drastik bahkan kau aku sanggup mempertaruhkan nyawa aku.
Kebahagiaan kau kebahagiaan aku. Andai kau gembira aku turut gembira. Andai kau sakit aku turut sakit. Apa yang kau rasa aku turut rasa.

Sayangku... alangkah indah jika dapat membina sebuah mahligai bersama kau.
Tapi belum tiba waktunya. Mungkin nanti.

Aku tidak punya harta untuk dipermegahkan.
Aku tidak punya kelulusan untuk diagungkan.
Aku tidak punya rupa yang menawan untuk dipertayangkan.
Yang aku ada cuma rasa cinta , yang aku akan berusaha menjadi yang terbaik untuk kau.

Sayangku, jagalah dirimu itu. Jagalah hatimu itu.

Tulus ikhlas untuk kau Syafiq Ramly.

Nowplaying : Terukir dibintang by Yuna.