Monday, 4 June 2012

salam perkenalan buat anda yang membaca

Assalamualaikum buat kalian yang membaca entry ini saya Norshafa'azreen binti Saharudin yang dilahirkan pada 20 September 1992. Mungkin ada yang kenal mungkin ada yang tidak tetapi aku hanya manusia biasa yang sentiasa berbuat dosa tanpa henti.

Ketika aku semakin lalai dalam kehidupan DIA memanggil aku kembali mungkin kerana DIA merindui aku. Tidak tahu siapa harus dipersalahkan mengapa dan kenapa aku menjadi seperti ini sesungguhnya aku cemburu akan mereka yang MENCINTAI DIA lebih dari segala-galanya. Meraka yang sentiasa tabah menghadapi dugaan sedangkan aku marah kecewa putus asa setiap kali dugaan menimpa. Aku lemah dan semakin lemah kerana makin aku meningkat dewasa semakin aku jauh dari DIA. Tapi kini aku ingin menjadi seperti mereka yang sentiasa tersenyum menghadapi liku-liku kehidupan.


AKU INGIN MENCINTAI,MENGENALI,MERINDUI DAN MERASAI CINTA-NYA. 


Aku takut aku akan terlambat dalam mengejar cinta-NYA yang HAKIKI. Semoga aku diberi tempoh waktu dan umur yang panjang untuk mengejar segala impian ku.

Pinta ku cuma satu agar aku menjadi SEORANG MUSLIMAH YANG INDAH AKIDAH SERTA AKHLAKNYA. 


"setulus hati aku ingin menjadi seperti diri mu."

aku bukan sesiapa tetapi seorang insan yang ingin mencari "sinar kehidupan" yang telah lama aku tinggalkan






                     

2 comments:

Pendamba Cinta Ilahi said...

Ya Allah.. Kau perkenankanlah hajat adikku ini.. Tabahkanlah hatinya untuk menghadapi perubahan ini dan liku-liku yang mendatang.. Jadikanlah kami muslimah yang sebenar-benar disisiMu dan golongkanlah kami dikalangan bidadariMu di syurga yang abadi.. Semoga ukhuwah ini kekal sampai ke syurga.. Ameen Ya Rabbal A'lameen..

Unknown said...

amin ya rabbal a'lamin .. semoga sahaja yang apa dihajati akan dimakbukan-NYA. Insyaallah.