Pada ketika dan waktu kita tertanya mungkinkah akan ada lagi waktu untuk kita luangkan masa bersama. Aku? Jika ditanya pada aku ingin sahaja aku pergi kepada dirimu menghabiskan setiap detik waktu bersama denganmu. Rindu? Sungguh aku rindu. Bagaimana pula dengan risau? Ya aku terlalu risau akan dirimu. Jika tidak mengunakan akal yang waras pasti saat ini aku ada bersamamu.
Aku ingin terus berada disisimu walaupun kadang kala hati diuji. Air mata menitis bukan kerana aku kecewa cuma aku ingin dimanja.
Sayangku, jagalah kesihatanmu agar nanti kau mampu untuk menjaga diri ini. Tentang aku jangan kau khuatiri aku akan sentiasa sihat.
Hadirlah dirimu disetiap saat
Hadirlah kau menemani aku
Suka duka ingin ku kongsi bersama
Sihat sakit ingin ku rasai bersama
Luka kau ingin aku ubati
Derita kau ingin ku hakis
Sepi kau ingin aku bahagiakan
Melakar dunia kita bersama
Mecoretkan kisah kita berdua.
Just wanna tell you again and again.
I love you . Yes i really do Muhammad Syafiq :)
Monday, 7 October 2013
Awak yang dirindui
Labels:
love
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment