Saturday 12 July 2014

warkah untuk mu sayang

hari ini 12/07/2014 17:42
ketika ini terasa lemah segala urat saraf termasuk juga jiwa ini
longlai aku dalam melangkah
semangat aku kian pudar dimamah rasa sakit yang sangat mencengkam jiwa
jiwa dan raga aku tersekat oleh keperitan yang dialami
hilangnya rasa gembira
tawar
pahit
namun ku telan jua
semuanya kerana rasa cinta yang ada
rasa cinta itu tidak pernah pudar walaupun sesaat
aku tanya dan terus bertanya
mengapa dan kenapa
aku cinta kau sedalam ini ?
tidak ku temui jawapannya
hati aku
jiwa aku
tidak seutuh dulu
aku mudah terjatuh
aku mudah tersentuh
aku mudah terasa
kadang aku ingin bangkit
bangkit tanpa kau disisi
aku sedar siapa diri aku
aku tidak punya apa untuk diagungkan
malahan aku adalah insan kerdil
yang hanya tahu menyusahkan dirimu
aku makin bertanya
adakah aku dihatimu
adakah aku hidup dijiwamu
adakah aku yang kau perlu
adakah aku hidupmu
persoalannya siapa aku buatmu
adakah aku cuma insan biasa
adakah aku yang kau perlu waktu kau kebosanan
adakah aku hanya wujud dimasa lapangmu
adakah aku yang kau perlu
adakah aku orangnya
insan kerdil ini tertanya-tanya
banyak kali aku bertanya bukan ?
ketahuilah tanpamu aku lemah dalam melangkah
aku lemah tanpa dirimu
kembalikan aku semangat yang pudar itu
kembalikan aku rasa itu
jadikan aku insan yang paling bahagia
kotakan janjimu
aku ingin damai abadi bersama dengan dirimu

insan yang teramat ku sayang
Muhammad Syafiq bin Ramli

No comments: