Sunday 8 March 2015

MAMPUKAH ?

8/3/2015
Tika bait ini ditulis siapa yang tahu dalamnya luka dihati .
Tiada .
Ya mungkin tiada .
Torehan kecil makin lama makin terasa sakitnya .
Setelah sekian lama .
Aku seakan terdampar keseorangan disini .
Terkapai-kapai seakan tiada yang mahu menyelamatkan .
Aku mahu bebas .
Menjadi apa yang aku mahu menjadi .
Dia seakan tidak lagi peduli .
Tidak lagi seperti dahulu .
Mungkin .
Ia salah aku sendiri .
Lalu fikiran mahu berangkat pergi .
Meninggalkan dia seperti yang dia kehendaki .
Adakah itu yang dia mahukan ?
Adakah kepergian aku akan membahagiakan dia ?
Tuhan bantulah aku .
Bantulah diriku ini .
Ya Tuhan .
Ku hanya mahu dia bahagia .
Walaupun tanpa diri ku .
Mampukah aku ?
Berdiri tanpa dia disisi ?
Tuhan kuatkanlah aku .
Untuk terus melangkah .
Walaupun aku sendiri .

Untuk kamu ,
Masih sayangkah kamu akan aku ?

No comments: